Sunday, 2 October 2016

PERAYAAN DAN KEBUDAYAAN 3 KAUM TERBESAR DI MALAYSIA


NAMA            : FATIN NUR QAMARINA BINTI ZULKIFLI
NO. MATRIK :12DEP16F1008

TAJUK            :PERAYAAN DAN KEBUDAYAAN 3 KAUM TERBESAR DI MALAYSIA
KURSUS         :DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
SESI                :JUN 2016
NAMA PENSYARAH: PUAN ROHANI BINTI RAZAK

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya bersyukur dengan limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Berterima kasih kepada Puan Rohani binti Razak , Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia, kerana menolong saya dari pelbagai aspek untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara lansung dan tidak lansung sepanjang proses tugasan ini berjalan. Tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa saya yang memberi semangat dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. 


PENGENALAN



Negara Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum yang berlainan budaya, bangsa dan agama. Di antara masyarakat berbilang kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Dimana setiap kaum mempunyai agama dan kepercayaannya yang tersendiri, seperti contoh Melayu mengamalkan agama Islam, manakala Cina pengamal Buddha dan India penganut Hindu. Ada juga kaum India dan Cina mengamalkan agama Kristian dan lain-lain. Malaysia kini menjadi contoh negara yang mengamalkan hidup masyarakat berbagai kaum kepada megara luar yang lain. Kerana di Malaysia walaupun hidup dalam keadaan masyarakat yang pelbagai kaum, naum setiap perayaan agama masing-masing diraikan bersama-sama tak kira kaum. Kerana kami percaya akan kemeriahan perayaan akan terserlah apabila perayaan disambut secara bersama kerana setiap kegembiraan perlu dikongsi bersama. Selain itu juga, dengan masyarakat pelbagai kaum sebegini, semangat nasionalisme cintakan negara akan lebih mendalam dapat diterapkan di dalam jiwa masyarakat di negara Malaysia.

MASYARAKAT MELAYU



Masyarakat Melayu yang majoritinya menduduki di bumi Malaysia ini berbanding kaum lain. Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Masyarakat Melayu meraikan pelbagai perayaan Islam dan mempunyai kebudayaan yang tersendiri. 



  • PERAYAAN KAUM MELAYU





HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari bermula waktu imsak sehingga waktu maghrib dan mengerjakan sembahyang terawih pada waktu malam. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri disambut. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf- maafan dan kunjung mengunjung ke rumah saudara bagi mengeratkan silaturahim. Contoh makanan yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri.

ketupat
lemang bersama rendang dan nasi impit bersama kuah kacang


HARI RAYA AIDILADHA

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri . Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12, dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha berkumandang pada malam 10 Zulhijjah , diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah pada pagi 10 Zulhijjah. Sambutan diikuti dengan ibadah korban. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail memenuhi perintah Allah. 


AWAL MUHARAM

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharam iaitu tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dan Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

  • KEBUDAYAAN KAUM MELAYU

Masyarakat melayu kaya dengan warisan seni budaya dari segi alat muzik, muzik dan tarian tradisional.

ALAT MUZIK

GAMBUS
Gambus yang berasal dari Timur Tengah dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan merupakan alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Biasa alat muzik ini dimainkan dalam nyanyian Islam.

SERUNAI

Serunai atau juga dikenali sebagai puput serunai. Biasa ia dimainkan bersama wayang kulit,nobat, gendang keling, menora dan gendang silat.

GENDANG

digunakan dalam persilatan, tari menari dan menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

KOMPANG

dimainkan semasa perarakan,kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

MUZIK:


MUZIK GHAZAL
Permainan muzik Melayu ghazal tidak saja semakin piawai dalam memainkan peralatan muziknya, mereka sudah melakukan pelbagai inovasi dengan menambah jumlah lagi dalam muzik tersebut. Muzik Melayu ghazal terus dimainkan dalam berbagai kesempatan dan menjadi hiburan dalam berbagai upacara adat atau ketika menyambut tetamu kerhormat.
- terkenal di Johor
-alat muzik: gambus


MUZIK HADRAH
- terkenal di Perak
- Alat muzik : kompang
- dinyanyikan dalam bentuk kumpulan


MUZIK DONDANG SAYANG
Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang disampaikan secara spontan oleh penyanyinya. Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyi yang berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang bertugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka. Alat-alat muzik yang digunakan dalam nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang terbahagi dua iaitu rebana kompang atau rebana keras. Pada masa dahulu, lagu nyanyian Dondang Sayang ini merupakan pilihan pertama untuk menceriakan majlis-majlis perkahwinan. Tetapi zaman moden, nyanyian ini semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda. 

TARIAN


TARIAN ZAPIN
- diperkenalkan dari Timur Tengah


TARIAN KUDA KEPANG
- terkenal di Johor
- menggunakan anyaman kuda tanpa kaki


TARIAN MAK YONG
- berasal dari Pattani
- gabungan antara drama romantis, tarian dan nyanyian dengan gaya yang menawan


MASYARAKAT CINA



Masyarakat Cina kedua majoriti kaum di Malaysia. Masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai perayaan yang disambut dan kebudayaan tradisional.

  • PERAYAAN KAUM CINA



TAHUN BARU CINA

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar Cina. Mereka percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada malam tahun baru, semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian 'angpau' dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. 



HARI CHAP GOH MEI

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina disambut merupakan hari Chap Goh Mei menandakan sebagai berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan untuk meraikan Chap Goh Mei. Hari ini juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian cantik dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok.

dilontarkan ke sungai atau laut untuk mendapat pasangan.




PERAYAAN KUIH BULAN

Perayaan kuih bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Monggol pada akhir Dinasti Yuan (120 sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan ini disambut pada hari ke 15 pada bulan ke 8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan itu sendiri.

 Ia diperbuat daripada pelbagai adunan manis yang berinti kacang merah, biji teratai, dan kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui suratyang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya yang menjatuhkan Dinasti Monggol. Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih ini dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan kuih ini tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.



HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambang kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan pergi ke kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada 8 prinsip "Presepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras" . Hari Wesak juga dikenali dengan nama Buddha Purnima di India dan Vesak di Singapura. 

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia. 

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Ia dirayakan pada bulan Mei pada waktu terang bulan untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu: 
- Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M
- Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun.

  • KEBUDAYAAN KAUM CINA
ALATAN MUZIK



PI PA


GUZHENG




ERH HU


YANGQIN


  • TARIAN



TARIAN NAGA


TARIAN KIPAS


MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India pula kaum minoriti di Malaysia. Tetapi mereka juga mempunyai perayaan dan kebudayaan yang diamalkan hingga kini. 

  • PERAYAAN KAUM INDIA


HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang bergama Hindu dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bermaksud cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deevapali. 

Pada pagi Deevapali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat . Selepas upacara penyucian itu, mereka akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. 

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam" . Hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah biasanya diperbuat daripada bijiran pelbagai warna yang menarik. Hiasan ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.



HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu. Perayaan ini juga disambut pada bukan ke 10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai bulan "Thai" . Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. 

Sebelum menyambut Thaipusam, mereka akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil.  24 jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya. 

Di Malaysia ini, penganut Hindu akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves. Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam. Di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi' , iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga kertas berwana-warni,  buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. 

Bagi sesetengah mereka, akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. 

  • KEBUDAYAAN KAUM INDIA


ALATAN MUZIK MASYARAKAT INDIA 


TANPURA
- Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India untuk mengeluarkan dengung iringan.

SITAR
-mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

DHOLAK
- digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

TABLA
- dimainkan secara solo atau mengiringi  upacara keagamaan, persembahan , barathatyan, perkahwinan dan sebagainya.


TARIAN

TARIAN BHARATA NATYAM


TARIAN BHANGRA


TARIAN KHATAK 




KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara
 masyarakat pelbagai kaum melalui pelbagai cara dan kita dapat menyemai semangat
 kejiranan dapat diterapkan di dalam diri serta kita dapat memahami dan menghormati 
agama kaum lain. Selain itu, kita juga dapat memahami dan merasai perayaan-perayaan
masyarakat pelbagai kaum dengan lebih mendalam. Seterusnya, kita dapat menilai 
kebudayaan kaum lain dari perspektif yang positif dan semangat nasionalisme dapat 
ditingkatkan di dalam jiwa masyarakat pelbagai kaum agar dapat warisi oleh generasi-
generasi muda yang akan datang. Saya berharap bahawa negara Malaysia akan terus 
kekalkan keharmonian hidup berbagai kaum dapat melahirkan sebuah negara yang aman 
dan sejahtera, serta saya juga berharap agar Malaysia dapat terus menjadi satu-satunya
negara yang dapat memberikan kesedaran kepada negara-negara luar untuk dijadikan contoh 
negara yang makmur dengan keunikan hidup bermasyarakat pelbagai kaum, budaya dan 
bangsa.


BAHAN RUJUKAN

  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Kuda_Kepang
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Dondang_sayang
  • alunanmustika.blogspot.com/
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Gambus
  • suog.co/sejarah-alat-musik-gambus.html